1. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Pada Tahun 6, pelajar akan menduduki peperiksaan UPSR ini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Kefahaman), Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun subjek Pendidikan Islam tidak diwajibkan peperiksaan tersebut. Oleh yang demikian dicadangkan agar ia diwajibkan dalam peperiksaan UPSR kerana ia amat penting terhadap pelajar sendiri dan menilai sejauhmanakah keberkesanan kurikulum pendidikan Islam. Seterusnya mencapai kecemerlangan pendidikan ke arah pembangunan rohani dan sumber manusia dan merealisasikan impian negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Kementerian Pelajaran sendiri.
…..secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani….
Petikan teks Falsafah Pendidikan Negara
Antara matlamat Kementerian Pelajaran ialah melahirkan insan yang beriman , berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan